27 May 2011

.: Drama Akasia Nora Elena :.

Salam korang..

korang ada tengok tak cita NORA ELENA kat TV3 jam 7pm-8pm dari isnin sampai khamis? cita akasia ni tak pernah lagi aku tinggai dari dulu sebelum zaman manjalara lagi.. so sekarang ada cita ni... best gak layan, layan..



Korang dah baca tak novel ni?? For me, it is one of the best novel. korang dah baca? Kalau belum, boleh baca sinopsis ni dan dapat gambaran keseluruhan drama ni nanti. Ini adalah sinopsis yang tertulis di belakang novel.


10 tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saidul Idham, tunangnya pergi kerana tragedy itu. Tiba-tiba muncul Seth yang menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. 10 tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua,” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Seth adalah lelaki durjana itu. Menodainya atas alas an kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu, maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya redha menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment