Date : 26/05/2011 Aku nie beria2 benar menunggu episod terakhir drama seram Mantera Anjasmoro. Nak tahu jugak macam mana kekalahan Kak Ramona di tangan Ustaz Kalam. Tapi ending drama ini memang sangat-sangat boleh menyesatkan penonton apabila akhirnya syaitan yang menang. Apa motif ending sebegini rupa?
Mana boleh ending yang menunjukkan bahawa Ustaz Kalam pun seolah-olah tak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan kejahatan Kak Ramona (syaitan). Ini nampak sangat sesat lagi menyesatkan. Harap pihak TV3 lebih sensitif dengan isu sebegini. Jangan sekadar tangkap muat untuk buat ending sehingga mengelirukan orang ramai.
Kepada penulis skrip, pengarah dan penerbit drama Anjasmoro, Aku harapkan korang lebih prihatin apabila membuat cerita yang berkaitan dengan Islam. Serious benar nie, tengah bengang sebab ending sangat-sangat tak logik dan menampakkan kelemahan pihak yang benar. Takut-takut ada yang fikir syaitan itu lebih berkuasa kerana ending sebegini.
No comments:
Post a Comment